assalamu'alaikum . . .

Terima Kasih kerana sudi menjenguk blog putra yang tak seberapa ni. Dengan harapan berpuas hati dengan yang di baca dan yang di perhati

Wednesday, October 19, 2011

Mari putra ajar cara buat maksiat...


Bismillahirrahmanirrahim....

ehem3..ahai baiknye la raso...
Assalamu'alaikum..
ok, mesti yang bace essay of life ni yg jahat-jahat semua kan? kan?
aha, putra kali ni taknak ber omong panjang jelow neh...hoho

putra nak tanya, kalian semua mesti sudah kalis dengan perkataan 'maksiat' kan?
ala senang cito, wat kijo jahat buleh dosa laa..horrr hok tu laa...
ha, kalau kalian semua nak tau..sebenarnya kalau nak wat maksiat tu ade syarat-syaratnya jugak..haa, bukan main hentam jer. syarat-syarat ni bagi yg 'pemaksiat' grade A punye.. syarat-syarat ni untuk bagi mereka yang dah bosan dengan maksiat level-level rendah...diorang ni hightaste punye...haha..mesti gila nak tau ni kan..ok. ok.ok..

sebenarnya syarat-syarat ni diadapt dari sebuah kisah..tersebut lah kisah..toyyibbb...gini bunyi nye..ehem3...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Haha....begitulah lebih dan kurangnya...perkongsian untuk kita-kita aje ye...
ok...kita yang jahat ni apelah sangat nak diagung2kan, nak dibanggakan..ye tak?

Sebesar mana pun tubuh kita, tapi mudah sahaja Allah berkehendak untuk mencabut roh kita.
Sedegil mana pun kita, tapi arahan malaikat tidak boleh kita sangkal.
Seceruk mana pun kita lari bersembunyi, kita tak boleh dari pandangan Allah.
Jadi renungkan sejenak, dua jenak dan mungkin tiga jenak...haha
selamat beramal.....

Salam dari PUTRA....(kite-kite aje)(^__^)!

No comments:

Post a Comment